Monday, December 31, 2007

Azriey Zaquan


Berpakain lengkap untuk pergi kelas KAFA.







Dua Gambor abg long yang diambil pada 8&11/2/2007. Kepala Abg Long kena tebas sebab pemeriksaan berkala yang dijalankan telah mengesan beberapa ekor serangga telah menjadikan kepalanya sebagai sarang. so untuk mengatasinya, rambut kena potong pendek ala MAWI... tapi hensem tetap ader...



Gambar Abg Long yang diambil pada 6/11/2006. baru terasa nak upload dalam blog ner.... duk simpan lama dalam handphone.. tak berkesempatan nak download kat lam pc...




Ammar Zikry

Ner gambo dia yg terlatest skali... capture pada 26/12/2007. Genap umur dia 2 bulan. Dah makin kiut ler...

ne gambor pada 21/11/2007.... suma gambo diambil semasa baby tengah tido. Mungkin mudah nak amik gambo dia masa tido... kalu celik mata susah nak capture sebab susah nak suruh posing...



Ini gambo yang diambil pada 3/11/2007..





Iniler gambor Ammar Zikry yang baru dilahirkan. Gambo ini diambil selepas ia dilahirkan iaitu pada 26/10/2007.










Tuesday, December 11, 2007

Sepupu Ke 15

AMAR ZIKRY dah berusia lebih sebulan. Hari ini dia dapat sepupu perempuan yang baru. Anak sedara yang ke 15 family aku baru aje dilahirkan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Bayi seberat 3.9kg telah dilahirkan melalui pembedahan.

Sunday, December 2, 2007

AMMAR ZIKRY

Pada 26hb Okt 2007, tepat jam 1:53am, hero saya yang kedua selamat dilahirkan di Hospital Pakar Kuantan. AMMAR ZIKRY seberat 4.47kg telah dilahirkan secara normal. Cam tak caya jer bila Dr. bagitau anak saya seberat itu. Alhamdulliah, syukur kepada Allah.

Tapi selang beberapa hari, AMMAR ZIKRY kena masuk wad sebab Penyakit Kuning. Penyakit biasa yang akan menyerang bayi yang baru lahir. Sama cam abg long dia dulu pong kena tahan jugak. Nasib baik kuningnya tidak begitu teruk tetapi kena tahan 2 hari.

Org rumah pun, tak menghadapi masalah untuk kelahiran ini. Mungkin dah ada pengalaman semasa melahirkan Azriey Zaquan dulu kot.