Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Along & Ammar

Malacca Trip. Kat Dataran Pahlawan


Trip to Malacca 2010




Monday, December 29, 2008

Alor Star, Kedah



Cuti sekolah ner kami sekeluarga bercuti sambil kerja di Alor Star. Berkerja kerana Wati akan bermeeting dan berbengkel di TNB Alor Star dan bercuti kerana aku terpaksa bercuti sbb kena jaga anak kat hotel. Bertolak dari kuantan pada Hari Sabtu selepas menghadiri taklimat perniagaan Alpha Lipid di Chenderawasih ke Kuala Lumpur. Tidur di umah Kak Ngah di Cheras. Kami singgah sbb nak hantar stock susu kat Kak Ngah. Pada hari Ahad jam 10.30am, kami bertolak ke Alor Star.

Sampai di Juru, mama singgah kat umah kawan dia. aku sempat tengok Lee Chong Wei menang final badminton. Kira best jugak tengok perlawanan tersebut. Syabas kepada Datuk Lee Chong Wei. Gambar ammar ner aku snap sewaktu singgah sekejap di Perhentian Semanggol. Kami sampai di Hotel Holiday Villa pada jam 6.00pm. Nasib baik ler hotel ner berdekatan dengan shopping complex. boleh ler aku bawak anak2 melepak sementara tunggu mama abis kerja.
4 hari 3 malam kami sekeluarga duduk di alor star. sepanjang duduk kat Alor Star kami menghadapi masalah untuk makan. susuh juga nak dapat makanan yang sama dengan selera kami di Kuantan. kami dicadangkan untuk makan di Stadium. Bila pergi, makanannya biasa ajer dan mahal pulak tur. tak pasal2 kena sembelih malam tur. hari terakhir kami ke Langgar untuk melawat anak sedara yang baru. Adik Wati baru ajer dapat baby girl. makin besar keluarga kami.

Saturday, November 1, 2008

Happy Birthday Ammar

Pada 25hb okt, kami sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Highland. Wati amik umah TNB selama 3 hari 2 malam. Bertolak ke KL pada hari Jumaat dan tidur kat umah kak ngah di cheras. Pada hari sabtu, kami semua termasuk keluarga Kak Long, kak Ngah, adik, emak dan abah bertolak ke Cameron Highland melaui simpang pulai. Adik epu dan wife akan sampai lewat petang kerana dia dari Kedah.


So pada malam 26hb Okt, kami buat sedikit majlis harijadi untuk ammar. mama belikan sebijik kek yng bertulisan hodoh tetapi sedap untuk adik ammar. selepas menyanyi lagu happi birthday dan bacaan doa selamat untuk birthday boy, maka kek pun dipotong dan dibagi2 kepada sepupu dan semu guest yg ada. kira meriah juga la... tapi yg sibuk ialah abg long sbb nak tolong tiup lilin. sepatutnya ada satu lilin tetapi sebab abg long nak tiup juga, maka kena letak lagi satu...

Wednesday, September 12, 2007

Putrajaya

Gambar diambil sewaktu berjalan2 ke Putrajaya.

Bersama anak sedara.... azriey pergi maner plak mase amik gambo ner...