XPDC menakluki Gunung ke-5 tertinggi di Asia Tenggara dan tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu telah terlaksana pada 18/9 yg lalu. XPDC yg disertai seramai 31 org telah berlepas ke KK melalui 3 pintu airport kuantan, kuala terengganu dan kota bahru. Kami semua berkumpul di airport klia2 tepat jam 10.30am pada 16/9 kerana kumpluan pertama akan berlepas ke KK pada jam 11.30am, manakala kumpulan kedua akan berlepas pada jam 12.30am.
Jadual pendakian asal terpaksa diubah kerana ada ahli yg dtg sehari lewat. Hari pertama bermalam di Crystal Palace Hotel Kundasang. Kami sampai pada jam 8pm dan suhu sangat sejuk dalam 18°C. Makan malam yg sangat ringkas tapi habis licin kami sapu sebab kelaparan.
Hari 2,
Sepatutnya kami mulakan pendakian tapi kena postpone ke hari 3. Hari ke 2 dimulakan dengan check-out hotel dan buat senaman regangan badan utk persediaan pendakian esok. Selepas senaman regangan kami semua breakfast di pekan kundasang dan kemudiannya ke air panas poring utk merehatkan muscle. Selepas lawatan ke kolan air panas, kami semua ke NPS untuk mendaftar masuk penginapan dan pakej pendakian.
Hari 3,
Pendakian bermula dengan sesi regangan bandan bermula jam 6.30am. Tepat 7.00am kami mula bersarapan dan mengambil pack lunch. 8.00am kami mendapatkan permit mendaki di pejabat NPS. Kemudian menaiki bas ke pintu timpohon untuk memulakan pendakian. Tepat jam 8.30am kamo sampai di Timpohon Gate untuk mendengar taklimat daripada guide. Seramai 5 org guide telah diberikan amanah untuk menjaga kami iaitu 6borg utk 1 guide.
Tepat jam 9.00 pendakian ke Laban Rata telah dimulakan. Semua mendaki menggunakan pace tersendiri. Yg aggresive memulakan langkas dengan bertenaga dan mula meninggalkan kami yang agak kurang stamina ne tetapi konsisten melangkah. Trek amat cantik. Bertangga dan berbatu. Setiap 0.5km akan ada pondok utk berehat dan tandas utk buang air. Air juga disediakan tetapi air bukit yg tidak dirawat. So bawak air yg akan sederhana. Dalam 1 or 2 liter sudah cukup. Cuaca agak sejuk dan kurang dahaga. Beg aku berat dalam 7kg sahaja. Bawa baju sejuk extra sbb suhu kat laban rata sgt sejuk dalam 18° manakala kat puncak dalam 4°C. glove yg kalis air kena bawa. Sleeping beg xyah bawa. Bawa extra baju kiranya xtahan sejuk.
Kami sampai di laban rata dalam kumpulan kecil. Aku sampai tepat jam 13.50. Yg terawal sampai jam 12.30. Manakala yg terakhir sampai jam 16.00. Semuanya berjaya sampai di laban rata. Kami check-in di gunting lagadan yg jaraknya 100m dari laban rata resthouse. Kami tunggu jam 16.30 di laban rata utk makan malam sebab da xlarat nak mendaki lg 150m ke gunting lagadan. Lepas makan malam kami terus ke bilik penginapan. Bilik hanya ada basic kenudahan katil dan selimut. Tiada heater disediakan. Toilet juga tidak disediakan air panas. So kami mandi macam P. RAMLEE aje la.
Hari 4,
Kami dikejutkan jam 1.00am utk bersiap bagi pendakian ke summit. Minum pg disediakan di Laban Rata tetapi kerana xlarat nak berjalan turun ke Laban Rata guesthouse kami masak air dan makan roti dan bekalan yg kami bawa. So sesiapa yg dok kat sini, kami cadangkan utk bawa extra makanan utk sarapan pg jika malas nak ke laban rata. Pergi balik dlm 30min tu.. penat wei.. kol 2.00am guide dan semua berkumpul di tempat penginapan kami utk final briefing.. kami mulakan pendakian tepat jam 2.30am. Jgn lupa utk amik air sembahyang dulu ya. Kat atas sejuk giler air tu. Sampai di sayat2 check point tepat jam 4.30am. Pendakian hanya 2.8km tp cam 5km jugak. Gelap, sejuk dan ramai pendaki. Solat subuh di KM8 tepat jam 5.30am. Aku sampai di kaki puncak low tepat jam 6am. Kaki da sakit tapi keraskan hati utk naik ke puncak. Sampai di atas utk bergambar kenangan dan terus turun. Aku spend dlm 10min kat puncak dan bergegas turun ke pondok sayat2 sbb perut memulas2.. bila hari da cerah barulah nampak keindahan alam di puncak bukit. Aku sampai di laban rata tepat jam 8.30am. Kena terus berkemas sbb checkout time tepat jam 10.30am. Kami bersarapan di laban rata sblm checkout. Kami mulakan pendakian turun tepat jam 10.30 selepas bergambar kenangan dengan semua peserta. Aku sampai di timpohon gate tepat jam 15.00. Terus ke balsam cafe nps utk mkn tengahari dan berkemas utk terus ke KK.
Hari 5,
Shopping alakadar di pasar filipin dan terus ke airport jam 9.30am. Flight ke KLIA2 tepat jam 11.30am. Sampai di KLIA2 jam 14.00am. Transfer ke KLIA utk ke Kuantan. Sampai di airport kuantan jam 19.15..
Sunday, September 21, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)