Tuesday, April 8, 2008

Port Dickson


Pada 31/3-2/4 kami sekeluarga ke Port Dickson, Negeri Sembilan kerana Mama kena attend kursus di sana. Kami balik umah emak kat Kota Tinggi dulu pada hari Sabtu til Isnin. Hari isnin baru bertolak ke PD. Ammar ngan Mama tengah demam masa tur, so kuat ler meragamnya. Hari Ahad kami turun Bandar Kota Tinggi carik Klinik Panel TM. Nasib baik jumpe, kalu idok kopak ler pokai kena advance bayar ubat.

Di PD kami stay kat Kondomium TNB. Ammar buat perangai asyik nak kena dokong dan tak nak tido kat atas katil. so ayah kena kreatif sket. letak ammar dalam stroller dan pusing dalam bilik sampai ler dia tertido. penat giler 2 hari kena jaga ammar. sampai akhirnya ayah juga kena demam.

Sunday, March 23, 2008

Kunjungan Misbah & Family


Pada Hari Raya 2006, Misbah dan Aslina sekeluarga telah datang ke umah kami untuk beraya. Nasib baik masa dia tepon tur kami dah ader kat umah... kalu dok tak sempat ler nak jumpe. Gambo ner misbah yg amik guna digital kamera dia... lepas seminggu dia balik, dia email kat kami sebagai kenangan. Masa tur Misbah baru ader anak dua dan wife dia tengah mengandung anak yang ke tiga. Anak ketiga dia lahir pada bulan 2, 2007. kira anak dia dah setahun lebih dah la ner... bila la leh jumpe lagi...

Kompang


Kompang adalah satu tradisi masyarakat melayu yang semakin dipinggirkan. Tak ramai anak-anak muda sekarang yang berminat untuk mempelajarinya kerana ia sering kali dilabelkan sebagai ketinggalan zaman. Tetapi dengan sentuhan baru dan kontemporari ia mampu menarik minat ramai orang untuk mempelajari. sekarang banyak kumpulan belia kampung dan sekolah2 mula menawarkan ilmu kepada orang ramai untuk mempelajari kompang.
Pada 22hb(sabtu) kami berpeluang untuk menghadiri majlis perkhawinan seorang kenalan yang berada di Kampung AC, Kuantan. Majlis diadakan dengan meriah kerana pengantin berasal daripada Felda Taib Andak. Kira org sekampung dengan Mawi lah ner... glamer habis.... masa tgh makan tur, rombongan pengantin baru berarak masuk diiringi dengan kumpulan Kompang Asrama Semai Bakti Kuantan. Kami dihidangkan dengan lagu2 yang menarik yang dimainkan oleh kumpulan ini. Kira masih ada orang yang mahu meneruskan tradisi ini. harap dapat diteruskan.

Abg Long Singing

Clip diambil pada hari raya di sungai lembing... waktu tu abg long baru berumur 4 tahun... feel free to listen selagi storage masih boleh menampung... kalu dah overflow akan didelete...

Monday, March 10, 2008

Ammar Ziqry



Ner Gambar Ammar masa dia berumur 3bln. Gambo ner diambil semasa tgh bersarapan pagi pekena nasi berlauk kat Gerai MPK di tepi Sungai Kuantan. peh!! sok oooo pepagi kena nasik berlauk.. aku dah tak reti nak makan nasik lemak bila duk kat kuantan ner... dah jadi org johor murtad jer aku ner... yer ler kat johor, kalu pepagi makan nasik lemak, mee goring or bihun goreng... kat kuantan ner maner nak carik..


lepas ner nak gi Teluk Chempedak utk amik abg long. dia punya aktiviti akan tamat kul 12.00pm. la ne nak gi amik dia la ner...


Ner lagi satu gambar ammar yang terlatest... masa umur dia 4bln... baru bangun tidor... dia tgh tgk mama dia bersiap nak gi keja. Ammar akan bangun kul 6.00am dan akan tgk abg long bersiap nak gi sekolah.... mata dia terkebil2 tgk kitorang bersiap. nasib baik dia dok buat perangai pepagi... sempat ler mama nak goreng sarapan utnuk bekal abg long kat skolah....

Abg Long Outing



Awal Januari (tak ingat tarikh ler), tadika abg long wat outing kat Teluk Chempedak. So abg long eager nak join sklai... kul 7.00am dah suruh ayah anta kat tadika sbb takut tertinggal bas. masa sampai kat tadika abg long dah ramai student yg dtg... hari hujan renyai2 tapi abg long nak gi jugak... family juga diajak joint tapi disebabkan ammar lum bangun lagi, so abg long kena gi dulu... dalam kul 11.00 baru ler kami ikut skali.


selepas ammar bangun dan mandi, kami bertiga bertolak ke Teluk Chempedak sbb nak jumpe abg long. singgah kat Gerai MPK di tepi sungai kuantan utk bersarapan pagi. Masa sampai sana, abg long tgh main dengan kengkawan dia di bwh seliaan guru tadika dia... kami tgk dari jauh jer sbb nak tgk camne abg long masa kat tadika... Alhamdulilah, abg long leh bawak diri masa kat sana. so tak ler risau sgt...


Birthday ke 6, Abg Long


Pada 18hb Feb 2008, abg long telah genap umur 6 tahun. Pada tahun ner kami dok plan pun nak celebrate birthday abg long dgn majlis beso. Kami cuma belikan sebijik Kek dan KFC. Tapi sblm tur abg long dah tuntut nak hadiah birthday. Dia nak transformer. so terpaksa ler kami sekeluarga gi Kuantan Parade untuk belikan Hadiah Abg Long.

Hari ner jugak adik ammar kena buat follow-up check kat KSH. Appointment kul 11.ooam dan kami sampai 30min sebelum kul sebeles. tapi alamak ramai plak baby yg dok beratur nak jumpe Doktor siti. so terpaksa ler tunggu. Turn ammar kul 1.0pm baru dpt jumpe Dr. Thank God ammar dah 100% recover. So doktor bagi ubat sket dan suruh kami monitor kesihatan ammar.

Lepas jumpe Dr, gi KFC utk belikan ayam KFC dan Kek Birthday abg long.... dalam kul 2.00pm baru sampai rumah Umi. Abg long dah kat sana sbb gi dulu dgn aki dan wan dia.... abg bising kenapa lambat sgt sampai sbb dia dah x sabar nak tiup lilin.. so kami skeluarga sambut Birthday Abg Long kat sanan...

Happy Birthday Abg Long!!! Ayah, Mama dan Ammar sayang kat Abg Long....

Marilah Mari, Pergi Mengundi


Gendang Pilihanraya Umum ke 12 telah bermula. sebagai pengundi berdaftar antara 10.9 juta pengundi yang berada di Malaysia dan tidak termasuk pengundi hantu telah menunaikan tanggungjawabnya. Keputusan juga telah diketahui di mana BN masih berjaya membentuk kerajaan dengan kejayaan mendapatkan 140 kerusi parlimen walaupun tergadai 4 buah negeri kepada pembangkang.


Aku pada tahun ne dok gi memangkah sbb kat kawasan aku di Parlimen Penawar, Dato Azalina dah menang tanpa bertanding. Untuk kerusi Dun plak, kira gerenti BN akan menang punya sbb tur aku dok balik. Aku & Wati, balik sungai lembing sbb wati ngundi kat sana. Hari mendung dan hujan sekejap2.


Wati ngundi kat Sek Men Sungai Lembing di Saluran 5. Pergi ngundi sebelah petang sebab pagi ari hujan. So, pada malam tur aku sekeluarga dok depan TV utk tgu keputusan PRU 12. tgu kul 11, keputusan masih belum memberangsangkan. TV dok lg papar keputusan yg penuh. Abg ipar aku call member dia kat Kelantan dan bagitau Pas pukul abis kat Kelantan. BN kalah teruk kat sana. BN Juga kalah kat Penang, Kedah, Perak dan selangor. Peh giler punya tsunami yang melanda ploitik malaysia kali ne... Penangan Anuar Ibrahim dan Hindraf masih berasa panas. Pembangkang berjaya mempermainkan isu ini dengan sebaiknya.


Kul 2am aku dah maleh nak tgu sbb BN dah leh bentuk kerajaan. so aku tidur jer ler n tgu berita pada esok pagi...


Saturday, March 8, 2008

Google Adsense

Saya akan membawakan satu revolusi baru menjana pendapatan yang lumayan menerusi internet. Ramai kita mempunyai kebolehan untuk membina laman web yang menarik dan mempunyai ramai pelawat dalam sehari. Malangnya masih tidak ramai yang tahu menggunakan peluang tersebut untuk mengaut keuntungan lumayan dengan menjual iklan affilate. Dalam ruangan ini, saya ingin membawakan satu cara yang mudah dan murah untuk bersama mengaut keuntungan menggunakan website anda dengan pengendali laman web utama dunia iaiatu Google.

Tahukah anda bahawa terdapat billion laman web didunia ini. Daripada yang mengendalikan laman web blog, online marketing, forum, community etc. Antara jutaan laman web yang berasaing utnuk mendapat pelawat ke laman web mereka, terdapat mereka yang sanggup membayar untuk mendapatkan pelawat. Mereka ini menggunakan Google, Yahoo dsbg sebagai orang tengah untuk mendapatkan pelawat. ini kerana google merupakan pengendali enjin pencarian maklumat utama dunia dan mempunyai jutaan pelanggan pada setiap hari melawat laman web mereka.Maka dengan itu, lahirlah GOOGLE ADSENSE.

Program ini memberikan peluang pengendali laman web berkongsi pendapatan pengiklanan yang diperolehi Google dengan syarat pengendali laman web bersedia memberikan ruang untuk Google memaparkan iklan dilamannya. Secara mudahnya, anda kena menyediakan ruang untuk Google memaparkan iklan dalam laman web anda dan apabila pelawat yang melawat laman web anda klik iklan tersebut anda akan dibayar. Setiap klik akan menjana pendapatan serendah USD$0.05(bergantung kepada harga bid per klik yang dibuat oleh pengiklan). pengiklan akan membayar kepada Google dan google akan mengagihkannya sebahagian kepada anda. bayangkan sekiranya Cost per Click ialah USD$0.05 dan anda mempunyai 100,000 pelawat sehari dan sekiran 10% akan mengklik iklan yang dipaparkan, maka anda akan menjanaUSD$50.00 sehari or USD$1500.00 sebulan.

Mudah & Lumayan bukan?Sekiranya anda baru berjinak dalam bidang ini, mungkin banyak persoalan lain yang akan timbul mengenai pogram ini. Contohnya bagaimana hendak mendapatkan pelawat yang sebanyak itu? bagaimana dengann mnggunakan teknik2 tertentu pendapatan harian anda boleh digandakan berlipat kali ganda? Semua itu akan saya terangkan di hari mendatang?Saya pun masih baru dalam bidang ini dan masih belajar. Adsense saya baru sahaja menjana USD10.00 dalam 15h di bulan Dis 07 ini. Saya akan berkongsi ilmu yg ada. Insya-Allah

Friday, March 7, 2008

My Family











Saya dan Ammar. Asyik gambor mama dia ajer kat lam ne... sesekali ayah pun nak interframe gaks..










Mama, Azriey & Ammar... Tgh tgu makanan sampai. Mama malas nak masak malam ner sebab nak gi berkempen utk esok... idup BN!!!!





Ammar & Azriey... dua2 botak... dua budak botak..hehehehh

Ammar Warded



Balik daripada Rumah Emak kat Air Tawar 5, Ammar kena demam dan selsema yang teruk. Walaupun dah gi klinik dan amik ubat tapi demam dia masih tak ok. so minta doktor klinik refer Ammar kat Doktor Pakar.



Lepas pemeriksaan, Ammar kena warded 2 hari di KSH (ktn specialist hosp)kerana terkena jangkitan kuman dan Paru2 Berair. So selama 3hari 2 mlm ler kami sekeluarga kena berkampung kat lam bilik 102. Masuk hari Hari Jumaat petang dan discharged pada tengahari Ahad. Abg Long ok je..dia start jelik mata je dah main game ..berenti time mkn je..pastu sambung blk main..ayah kasi can main puas2 sbb tak nak dia boring..nanti ada jelah kerenah dia..nak gi beli jajanlah..


Kesian dia bila kena rawatan ne... nangis sampai x de suara. Berbalik citer ammar..actually doctor suruh stay 5 hari sbb kena pasang nebulizer tu every 4 hours dan cucuk antibiotik 4 kali sehari...tp disebabkan dia dah mcm fobia, dan agaknya doctor pun cian tgk kitorg dah mcm PATI je,,so dia benarkan balik tp dgn SYARAT...kitorg kena dtg ikut jadual yg dia bg utk nebulizer n injection...so kitorg berulang alik dr umah ke KSH..sampai hari selasa..n sabtu tu ada appointment lak dengan dr siti nor..alhamdulillah slps wat semua treatment tu, ammar dah ok..just weight dia tak naik2 sbb demam tu


So, sesiapa nak dapatakan rawatan ke KSH untuk baby/anak kecik, leh ler jumpe Dr Siti ner. Doktor yang baik dan bagus sekali + cute giler dan ader triplet laks tur....

Picnic @ Tanjung Balau, Desaru



Gambar di ambil sewaktu berpicnic di Tanjung Balau, Desaru. Ammar tengah gembira duduk kat tepi laut. Abg Long sedang mandi laut dengan Pak Su dia. Cik Amir dia sedang buat sand castle. Abg seronok mandi sebab dia memang suka air. Pantan nampak sungai, laut. kolam etc pasti nak ajak mandi. Nenek lepak kat tepi pantai jer mencuci mata. Atuk tak nak dtg sbb kena jaga rumah.

Sunday, January 27, 2008

Ammar Ziqry

Hari ini 26hb Jan 2008, Ammar Ziqry genap berumur 3 bulan. Sepatutnya hari ini dia kena buat pemeriksaan doktor dan kena cucuk immunisasi. tapi terpaksa dipostpone kerana doktor yang bertugas kata, dia tak ader immunisasi dalam stock. so terpaksa kena postpone hingga diberitahu kelak.... aparaa doktor tur...



Ammar, Azriey dan mama sedang posing semasa hari keluarga TM pada 26hb lalu. Ammar sunguh sporting pada hari tersebut kerana kurang meragam. walaupun suasana bising, tapi dia tetap cool buat taik mata...hehehhe



Family Day 2007

HARI KELUARGA TM


TM buat hari Keluarga pada 26hb Jan 2008 untuk tahun 2007. Sepatutnya dibuat pada bulan Dec 2007 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana musim banjir.





Abg long dan blue hyppo. memula takut nak pegang tapi lelama dia plak yang lebih... siap ikut balik bilik persalinan lagi.





Abg long naik pentas untuk mengambil hadiah acara cari benda misteri. Sebeno nyer abg long dapat 2 hadiah tapi bg satu kat kengkawan yang lain.


Azriey Zaquan First Day in School


Sedang berbaris dalam perhimpunan sebelum memulakan kelas.




Kawan Abg Long yang pertama. Jamil nama dia. Badan pun sama besau. harap boleh jadi best friend.





Abg Long telah berumur 6 tahun pada 2008. so kena masuk tadika. Ner gambar abg long masa hari pertama masuk tadika.








Monday, January 14, 2008

Baby Umi







Ini Baby Umi yang terbaru. Baru dilahirkan pada 14/1/2008 di Hospital Perdana Kota Bahru. Baby yang belum bernama ini dilahirkan melalui pembedahan.



Monday, December 31, 2007

Azriey Zaquan


Berpakain lengkap untuk pergi kelas KAFA.







Dua Gambor abg long yang diambil pada 8&11/2/2007. Kepala Abg Long kena tebas sebab pemeriksaan berkala yang dijalankan telah mengesan beberapa ekor serangga telah menjadikan kepalanya sebagai sarang. so untuk mengatasinya, rambut kena potong pendek ala MAWI... tapi hensem tetap ader...



Gambar Abg Long yang diambil pada 6/11/2006. baru terasa nak upload dalam blog ner.... duk simpan lama dalam handphone.. tak berkesempatan nak download kat lam pc...




Ammar Zikry

Ner gambo dia yg terlatest skali... capture pada 26/12/2007. Genap umur dia 2 bulan. Dah makin kiut ler...

ne gambor pada 21/11/2007.... suma gambo diambil semasa baby tengah tido. Mungkin mudah nak amik gambo dia masa tido... kalu celik mata susah nak capture sebab susah nak suruh posing...



Ini gambo yang diambil pada 3/11/2007..





Iniler gambor Ammar Zikry yang baru dilahirkan. Gambo ini diambil selepas ia dilahirkan iaitu pada 26/10/2007.










Tuesday, December 11, 2007

Sepupu Ke 15

AMAR ZIKRY dah berusia lebih sebulan. Hari ini dia dapat sepupu perempuan yang baru. Anak sedara yang ke 15 family aku baru aje dilahirkan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Bayi seberat 3.9kg telah dilahirkan melalui pembedahan.

Sunday, December 2, 2007

AMMAR ZIKRY

Pada 26hb Okt 2007, tepat jam 1:53am, hero saya yang kedua selamat dilahirkan di Hospital Pakar Kuantan. AMMAR ZIKRY seberat 4.47kg telah dilahirkan secara normal. Cam tak caya jer bila Dr. bagitau anak saya seberat itu. Alhamdulliah, syukur kepada Allah.

Tapi selang beberapa hari, AMMAR ZIKRY kena masuk wad sebab Penyakit Kuning. Penyakit biasa yang akan menyerang bayi yang baru lahir. Sama cam abg long dia dulu pong kena tahan jugak. Nasib baik kuningnya tidak begitu teruk tetapi kena tahan 2 hari.

Org rumah pun, tak menghadapi masalah untuk kelahiran ini. Mungkin dah ada pengalaman semasa melahirkan Azriey Zaquan dulu kot.