Pada 26hb Okt 2007, tepat jam 1:53am, hero saya yang kedua selamat dilahirkan di Hospital Pakar Kuantan. AMMAR ZIKRY seberat 4.47kg telah dilahirkan secara normal. Cam tak caya jer bila Dr. bagitau anak saya seberat itu. Alhamdulliah, syukur kepada Allah.
Tapi selang beberapa hari, AMMAR ZIKRY kena masuk wad sebab Penyakit Kuning. Penyakit biasa yang akan menyerang bayi yang baru lahir. Sama cam abg long dia dulu pong kena tahan jugak. Nasib baik kuningnya tidak begitu teruk tetapi kena tahan 2 hari.
Org rumah pun, tak menghadapi masalah untuk kelahiran ini. Mungkin dah ada pengalaman semasa melahirkan Azriey Zaquan dulu kot.