Saturday, April 19, 2008

Tunas Pintar Sport & Family Day 2008

Pada 12hb April 2008, sekolah abg long telah mengadakan Hari Keluarga & Sukan di Stadium Darul Makmur Kuantan. Depa suruh datang kul 1.30pm, walhal Zuhur masuk kul 1.10pm... maner ler sempat. kul 1.30 baru kami bertolak daripada rumah. Wan dan Aki ikut skali sebab dia nak tengok cucu lelaki dia bersukan hari ne.
Lepas mendaftar & dapat no 210 ..kami lepak kat stadium tur jer sambil menunggu acara pembukaan..yelah..tak sabo rasanya nak tgk abg long jd ketua kontinjen..atau dgn kata lain..tukang baca ikrar..abg long nampak relax je..yg mama dia lak gelabah semacam..risau kot2 anak dia dpt stage fright..sambil tinjau2 keadaan kat stadiumni..rupanya ramai jugak bebudak tadika ni..yelah dia ni ada 4 cawangan..
so jam 2.30 barulah acara pembukaan..punyalah banyak rumah sukan..sampai dah takde warna dah..warna coklat pun ada...kalau tak silap ada 12 umah sukan..masa marching tu siap ada gimik..umah sukan abg long yg genpak sikit sbb maskot dia pakai cam pisang..cian budak tu, mesti panas gilerrrr....abg long umah kuning..mama punya semangat beli t'shirt warna kuning..ayah pakai baju ala2 je...takdelah kuning cam mama...
Abg long baca ikrar memang clear..takde sangkut2..bangga jugaklah rasanya..lagipun kat tadika tu, ustazah bgtau yg abg long ni dilantik jd imam..sbb dia ni memang dah lancar semua bacaan except for qunut..ada teraburrrr skit...
Acara sukan punyalah banyak..dr 4 yrs ke 6 yrs semua ada acara...jam dah dekat kul 6 ..tp acara tak abis2 lg...ammar yg tadi tido dah buat perangai..yelah lapar...abag long masuk semua acara..tapi kesian tgk dia masa acara tarik tali..dlm umah sukan kuning tu, aku rasa ada 2 org je budak yg bdn besar (termasuk anak akulah)...tak tertarik dia..member2 lain stakat pegang ke tali tu..acara music chair, abg long dpt no 2...dpt medal..seronok sungguh dia...
jam 6.20 kitorg balik sbb ammar dah nangis, lagipun acara abg long dah abis..pastu cabutan bertuah pun tak dapat2...lagipun kitorg dah penat + tak smyg asar lagi..kesian tgk aki n wan...
Tapi yang tak bestnya..isnin tu, aku dpt tau no 210 tu dapat Grand Prize ..tapi nak wat camne..dah bukan rezeki...

Thursday, April 17, 2008

Abg Long & Dragon

Abg Long and his fantasy dragon friends.

Ammar's First Steps

Ammar dah pandai merangkak tapi masih belum expert.

Tuesday, April 8, 2008

Port Dickson


Pada 31/3-2/4 kami sekeluarga ke Port Dickson, Negeri Sembilan kerana Mama kena attend kursus di sana. Kami balik umah emak kat Kota Tinggi dulu pada hari Sabtu til Isnin. Hari isnin baru bertolak ke PD. Ammar ngan Mama tengah demam masa tur, so kuat ler meragamnya. Hari Ahad kami turun Bandar Kota Tinggi carik Klinik Panel TM. Nasib baik jumpe, kalu idok kopak ler pokai kena advance bayar ubat.

Di PD kami stay kat Kondomium TNB. Ammar buat perangai asyik nak kena dokong dan tak nak tido kat atas katil. so ayah kena kreatif sket. letak ammar dalam stroller dan pusing dalam bilik sampai ler dia tertido. penat giler 2 hari kena jaga ammar. sampai akhirnya ayah juga kena demam.