Thursday, June 5, 2008

Kaki, Tangan & Mulut

Balik daripada umah emak di Air Tawar, Ammar & Abg Long duduk di Nusery sbb Aki & Wan balik umah di Sungai Lembing. Hari Selasa Ammar start demam. hari Rabu terima call daripada Nursery, Ammar meragam dan tubuh dia ada bintik2 merah. Wati terpaksa balik umah untuk bawa Ammar ke klinik. Doktor kata Ammar kena serangan virus dan bukannya chickenpox. Doktor bagi ubat demam dan ubat sapu ajer.

Demam Ammar makin kuat, begitu juga dengan meragamnya. semalam kami semua dok leh nak tidur sebab Ammar menangis. Pagi ner, dgn rasa tak puas hati aku dan wati amik cuti segera untuk bawa Ammar ke Klinik Pakar. Bila jumpa dokto pakar, baru ler confirm Ammar kena Penyakit HFM. Nasib baik demam dia dah ok. Menurut doktor sekiranya demam dah ok, bermakna antibody dah berjaya mengawal serangan virus tersebut. Kesan bintik2 merah akan reda dalam masa 10hari lagi. Ammar kena quarantine, dok leh gi nursery. So kena sambung cuti ler gamoknyer kami ner...

Monday, June 2, 2008

Adik Man

Pada hari Sabtu 30hb May 2008, kami sekeluarga balik rumah mak di Air Tawar. Bertolak daripada Kuantan lam kul 7.30am. kena bertolak awal sbb malam ner lepas Isyak, Adik Man akan menikah dengan gadis sebelah kampung. Sepanjang perjalanan Abg Long tak meragam sgt sbb masa breakfast makan nasi dagang di Ubai, mama dah bg abg long makan ubat mabuk. kalau tak apsti dia yg mabuk dulu. Cuma adik ammar ajer yg mengamuk suruh berhenti sbb dia dah pening lalat.

Kami sampai kat rumah emak dalam kul 12.30pm. masa sampai rumah emak masih lengang coz kak ngah dan kak udah amsih belum sampai. yg ada cuma kak long dan adik nong. emak dan adik ana gi bando Kota utk membeli brg utk majlis nikah malam ne.

Malam lepas Isyak, kami bertolak ke rumah pengantin pompuan di Air Tawar 4. sebelah kampung jer. kawan adik man masa sekolah dulu. majlis akad nikah dijalankan di rumah pengantin pompuan. pak imam tak sampai lg. Akad diadakan 2 kali sbb masa kali pertama kena reject sbb silap sket. masa kali kedua akad nikah dijalankan dgn lancar. so dah tinggal 2 org ajer adik aku yg lum khawin. Adik Jamil dan Adik Hafis(bongsu). 7 org sume dah khawin dgn 16 org cucu. Lepas acara nikah, depa wat acara berinai. aku gi makan kat khemah sbb lapo sgt.

Esoknya pada 1hb Jun 2008, lepas zohor kami rombongan pengantin lelaki bertolak sekali lagi ke rumah pengantin pompuan. sampai dlm kul 3.00pm. siap jer pengantin bersolek, pasukan kompang dah standby utk mengiringi. nasib baik ler bila sjer sampai kat lam rumah, hujan turun mencurah2. rezeki adik man ler sbb tak berarak dalam hujan. heheh...

lepas majlis bersanding, kami gi makan beradap. makan kira ok ler dan ditambah dgn perut yg lapo. bedal semacam jer... siap makan kami sekeluarga bergambo dgn pengantin. tak lama lepas tur aku pun balik Ktn sbb esok nak keja... jalan agak jem sbb ari hujan dan keta byk. sampai kat endau dalam kul 7.00pm. relak, solat dan makan. dalam kul 8.00pm start naik keta semula... abg long pening kepala sbb aku bawak keta cam formula one. sampai kat Pekan jer, chicken chop yg abg long makan kluar semula. membazir jer chicken chop tur... hehehhe..

sampai kat Umah dalam kul 10.30pm. aku suruh abg long mandi sbb dia beria main hujan masa kat umah pengantin tadi. esok nyer aku dah wati amik cuti segera sbb tak larat nak gi keja...