Saya akan membawakan satu revolusi baru menjana pendapatan yang lumayan menerusi internet. Ramai kita mempunyai kebolehan untuk membina laman web yang menarik dan mempunyai ramai pelawat dalam sehari. Malangnya masih tidak ramai yang tahu menggunakan peluang tersebut untuk mengaut keuntungan lumayan dengan menjual iklan affilate. Dalam ruangan ini, saya ingin membawakan satu cara yang mudah dan murah untuk bersama mengaut keuntungan menggunakan website anda dengan pengendali laman web utama dunia iaiatu Google.
Tahukah anda bahawa terdapat billion laman web didunia ini. Daripada yang mengendalikan laman web blog, online marketing, forum, community etc. Antara jutaan laman web yang berasaing utnuk mendapat pelawat ke laman web mereka, terdapat mereka yang sanggup membayar untuk mendapatkan pelawat. Mereka ini menggunakan Google, Yahoo dsbg sebagai orang tengah untuk mendapatkan pelawat. ini kerana google merupakan pengendali enjin pencarian maklumat utama dunia dan mempunyai jutaan pelanggan pada setiap hari melawat laman web mereka.Maka dengan itu, lahirlah GOOGLE ADSENSE.
Program ini memberikan peluang pengendali laman web berkongsi pendapatan pengiklanan yang diperolehi Google dengan syarat pengendali laman web bersedia memberikan ruang untuk Google memaparkan iklan dilamannya. Secara mudahnya, anda kena menyediakan ruang untuk Google memaparkan iklan dalam laman web anda dan apabila pelawat yang melawat laman web anda klik iklan tersebut anda akan dibayar. Setiap klik akan menjana pendapatan serendah USD$0.05(bergantung kepada harga bid per klik yang dibuat oleh pengiklan). pengiklan akan membayar kepada Google dan google akan mengagihkannya sebahagian kepada anda. bayangkan sekiranya Cost per Click ialah USD$0.05 dan anda mempunyai 100,000 pelawat sehari dan sekiran 10% akan mengklik iklan yang dipaparkan, maka anda akan menjanaUSD$50.00 sehari or USD$1500.00 sebulan.
Mudah & Lumayan bukan?Sekiranya anda baru berjinak dalam bidang ini, mungkin banyak persoalan lain yang akan timbul mengenai pogram ini. Contohnya bagaimana hendak mendapatkan pelawat yang sebanyak itu? bagaimana dengann mnggunakan teknik2 tertentu pendapatan harian anda boleh digandakan berlipat kali ganda? Semua itu akan saya terangkan di hari mendatang?Saya pun masih baru dalam bidang ini dan masih belajar. Adsense saya baru sahaja menjana USD10.00 dalam 15h di bulan Dis 07 ini. Saya akan berkongsi ilmu yg ada. Insya-Allah