Monday, March 10, 2008

Marilah Mari, Pergi Mengundi


Gendang Pilihanraya Umum ke 12 telah bermula. sebagai pengundi berdaftar antara 10.9 juta pengundi yang berada di Malaysia dan tidak termasuk pengundi hantu telah menunaikan tanggungjawabnya. Keputusan juga telah diketahui di mana BN masih berjaya membentuk kerajaan dengan kejayaan mendapatkan 140 kerusi parlimen walaupun tergadai 4 buah negeri kepada pembangkang.


Aku pada tahun ne dok gi memangkah sbb kat kawasan aku di Parlimen Penawar, Dato Azalina dah menang tanpa bertanding. Untuk kerusi Dun plak, kira gerenti BN akan menang punya sbb tur aku dok balik. Aku & Wati, balik sungai lembing sbb wati ngundi kat sana. Hari mendung dan hujan sekejap2.


Wati ngundi kat Sek Men Sungai Lembing di Saluran 5. Pergi ngundi sebelah petang sebab pagi ari hujan. So, pada malam tur aku sekeluarga dok depan TV utk tgu keputusan PRU 12. tgu kul 11, keputusan masih belum memberangsangkan. TV dok lg papar keputusan yg penuh. Abg ipar aku call member dia kat Kelantan dan bagitau Pas pukul abis kat Kelantan. BN kalah teruk kat sana. BN Juga kalah kat Penang, Kedah, Perak dan selangor. Peh giler punya tsunami yang melanda ploitik malaysia kali ne... Penangan Anuar Ibrahim dan Hindraf masih berasa panas. Pembangkang berjaya mempermainkan isu ini dengan sebaiknya.


Kul 2am aku dah maleh nak tgu sbb BN dah leh bentuk kerajaan. so aku tidur jer ler n tgu berita pada esok pagi...


1 comment:

Abdulz said...

Pantun ini terasa tepat dengan keadaan Malaysia selepas PRU 12 :

Pohon nyior di tepi laut

Dimakan kumbang pucuknya layu

Kepada UMNO kita berpaut

UMNO tumbang hilang Melayu.