Wednesday, May 28, 2008

Adik Jamil

balik daripada umah kak Ngah, adik aku jamil ikut balik Kuantan. Aku amik dia kat UM. Dia ader kerja kat bank rakyat kauntan. kena buat survey pasal islamic financial di bank rakyat. so dia buat survey daripada hari selasa sampai ari jumaat. Petang Khamis dia beli tiket bas balik KL sebab pada ari Isnin 26hb dia kena gi Melaka plak.

Awas Pengguna Streamyx

Hai! makin lama makin agak malas untuk menulis. Ditambah pula dengan streamyx kat umah ner yg dah kat 3 ari dok leh nak online.... bila check kat opis, rupenyer ID aku dah kena godam oleh insan yg dok berguna... Bila trace, ID aku dah digunakan oleh org kat Kuala Selangor. aku maner ader sedara kat Kuala Selangor. sedara aku ramai kat Muar Johor jer.

So, sebab aku keja ngan TM, mudah ler aku nak settlekan problem ner. Penyelesaiannya...Tukar default password aku kepada yang baru... semamangnya ramai pengguna streamyx tak kisah dan tak tahu/nak tukar password yg TMNet bagi semasa mendaftar... kebanyakkannya masih guna password tersbut tanpa menukarkannya. nasib baik ler aku guna unlimited pakej... kalu aku amik pakej 20jam sebulan... musti dah beribu bil aku bulan ner... sbb makhluk Allah ne dah pakai ID aku 3-4 hari tanpa off... sebab tu ler aku dok leh nak online 3-4 hari yang lalu sbb TMnet dah tak benarkan multiple session for single ID.

Kepada pengguna streamyx , sila tukar passward default anda. sebab kalau dok, sesiape yg ade streamyx kat umah/opis boleh menyalahgunakan ID anda. contohnye camne, penggodam ner akan subscribe streamyx yg paling murah iaiatu pakej 20jam sebulan. pas tur pakai login dan password org lain untuk online kat umah... bil akan dicajkan kepada tuan punya ID.

SO, SILA TUKAR PASSWORD STREAMYX ANDA KALAU TAK NAK KENA TIPU....

Monday, May 19, 2008

Baby Kak Ngah

Ari Sabtu, kami gi KL untuk tengok Kak Ngah Wati kat Hospital Kajang (KMC). Bertolak daripada Kuantan dalam jam 9.00am lepas breakfast ngan Wan dan Kak Long. Wan dok leh gi sebab mata dia masih lum ok lagi lepas operation dulu. Kami pun gi sehari jer. Plannya pada petang Ahad akan balik semula kat Kuantan. Sampai ke Kajang dalam tengah hari. so dapat ler jumpe baby Kak Ngah yang baru. Baby masih tak de nama lagi sbb maybe parent depa pening nak pilih nama. Baby Girl. so skg Kak Ngan da ader 4 og baby girls. penat le bila nak menantu nanti.

pada ari Ahad, lepas masak kami gi semula ke spital sbb lepas tur terus nak balik Kuantan. But sebelum tu kena amik Cik Ame kat umah dia. Tapi sblm gi amik ame, we'll pekena satey kajang. peh makan sampai nak termuntah sbb loya makan byk sgt. rasanye lepas ner tak terasa nak makan sate kajang dalam jangka masa yang lama. Ame suruh tgu kat UM sbb dia nak simpan moto kat sana. Kami bertolak balik dalam kul 3.30ptg dan sampai kat umah dalam kul 7.30pm.

penat tul drive ne. ader co-pilot asyik berdengkur jer...

Tuesday, May 13, 2008

Azman Yunus

Masa kami gi septial utk amik emak balik umah (emak dah discharge), kami terserempak dengan Azman. Rope nyer dia admitted kat spital ne dah kat seminggu kerana patah tangan. so, sebelum balik kami gi tengok dia sat.

Man skg keja ngan Roadbuilder dan dok kat ngan rumah kami. anak sulong dia skolah skali ngan abg long. Bila dia dok kat spital, anak dia emak dia yg jaga. tangan dia patah sebab jatuh tangga masa nak repair bumbung umah dia. peh!!! engineer pung leh jatuh tangga. ner musti dok pakai tali keselamatan masa wat keja. dia dah tobat tak nak panjat tangga lagi. tangga kat umah dia, dia pakat nak bako lepas ner.... hehehhe bila aku kata engineer dan tangga kat bagai isi ngan kuku.... mane boleh kasi buat... kan dah keja ko setaip ari.... tapi dia balas balik, keja aku buat jalan jer, mana pakai tangga.... gasak ler ko man..

Friday, May 9, 2008

Wan Operate Mata

Hari Khamis yang lalu, wan telah menjalani pembedahan mata yang sudah 2 minggu tertangguh. Wan dimasukkan ke dalam wad pada hari Isnin 2 minggu yang lepas dan pada hari khamis yang lalu barulah pembedahan dijalankan. Today, hari jumaat selepas sehari pembedahan tapi wan masih belum boleh bukak spt biasa. Doktor kata ianya akan mengambil masa sket. mama cuti hari ini kerana nak jaga wan kat spital.

Enie & Family

Pada hari Buruh yang lalu, mama terima call pepagi. rerupenye ade kawan nak datang bertandang.... Enie & Family. dah lama rasanya tak jumpe kengkawan lama. disebabkan notis lawatan yang terlalu singkat, mama tak sempat nak sembelih kambing utk buat gulai...hehehhe
Masak aper yang ader je la...

Pizza Lalat!!

Hari Ahad lepas, kami gi Pizza Hut sbb abg long teringin nak makan Pizza. So, sebelum gi tengok wan kat sepital, kami singgah kat Pizza Hut di satu lokasi Rahsia. Lepas membeli brg keperluan dapur, kami singgah di Pizza Hut. Mama pesan pizza yg paling kecik sbb kami suma dah kenyang tapi saje nak layan abg long makan pizza. Pada mulanya seronok gila masa makan tur. start with mushroom soup as appetizer.

Pas tur pizza yang kami pesan tiba. peh, bila tgk pizza yg masih panas tur, terbukak ler selera. abg long kami tengok punya ler bersemangat masa makan tur. Tetiba masa last pieces tur, abg long dah makan main2 sbb dah kenyang. so dia makan topping jer... masa dia kuis2 tur ternampak ler satu makhluk yang sepatutnya berterbangan tetapi dah terperangkap dalam cheeze dan terbakar hangus. kami terus stop makan dan mula rasa loya.

Mama panggil manager dan terus komplain pasal kewujudan lalat tersebut. Macam nak saman jer masa tur. tapi nasib baik ler mood masa tu ok dan manager yg handle tur admit kesilapan dan mintak maaf. malas nak panjangkan cite, dia offer bg satu pizza free. kami terima maaf tersebut dan bawak balik pizza free tur.