Hari ini, 23hb Syawal. so masih ada 6 hari untuk aku menghabiskan puasa enam yang masih berbaki 1 hari lagi. Abg long baru masuk hari yang 4 puasa sunat. rasanya macam tak sempat nak habiskannya sebab esok akan ke KL untuk bercuti ke Cameron Highland.
mama kena masuk Hospital Pakar Kuantan pada 15hb oct kerana pening kepala yg teramat sangat. Nasib baik ler warded just for one day. kira mama kena berehat sehari kat hospital lepas raya ne. penat sangat kot. nasib baik doktor bagi tahu nothing serius. cuma kena berehat sket jer.
Emak dan Abah akan mengerjakan Haji pada tahun ini. Flight pada 18hb Nov di Senai, JB. Emak plan nak buat kenduri pada 15hb Nov. So aku kena cuti dan balik Air Tawar untuk membantu mak buat persiapan. Peh!! sudah terlepas hajat aku nak hantar emak n abah ke mekah. Sebenarnya emak dan abah dijadualkan pergi menunaikan haji pada tahun depan iaitu 2009 tetapi memandangkan duit dah cukup, aku hantar surat rayuan kepada Tabung Haji untuk mempercepatkan tarikh keberangkatan pada tahun 2008. Pada pertengahan tahun 2008, emak dan abah dapat surat makluman yang menyatakan nama mereka termasuk dalam list menunggu untuk tahun 2008. Alhamdullilah, tuhan makbulkan doa kami.
Ammar sudah pandai berjalan. walaupun perbandingan dengan abg long dia quite lambat sbb abg long dah mula berjalan semasa umur 9bln. pada 26hb okt ammar akan cukup setahun. kami plan nak celebrate kat Cameron Highland ngan suma family wati yang lain. Harap ape yang kami rancangkan akan berjalan dgn licin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment