Pada 1hb Nov 2008, spt tahun2 yang lalu, hari keluarga TM telah diadakan. Kali ini lokasi hari keluarga TM diadakan di Pantai Sepat, Kuantan. kali ne kami kena pergi awal sket sebab abg long nak masuk acara pertandingan mewarna untuk kategori 6-9thn. bila sampai dah ramai staf serta keluarga yang datang. seramai 300 lebih staf berserta 1500 ahli keluarga yang hadir. lepas mendaftar dan amik goodies, kami anto abg long terus ke khemah pertandingan mewarna dijalankan. nasib baik sempat sampai. acara baru nak bermula. abg long tak sempat nak bersarapan kerana acara dah bermula. kami sampai dalam kul 8.30am.
Pertandingan dijalankan selama lebih kurang satu jam. Dekat kul 10.00am pertandingan mewarna tamat. abg long nak main castle kat tepi pantai. so kami lepak kat bawah pondok di tepi pantai... peh best giler lepak2 sambil tengok org maik sukaneka. acara sukaneka untuk bebudak bawah 6 tahun dah abis. so abg long dok leh nak masuk mane2 acara. kena tunggu ajer ler keputusan pertandingan mewarna. semasa menunggu, no pendaftaran ku naik untuk cabutan bertuah... alahai cenonet ajer hadiah nyer... ingatkan leh bawak balik TV Flat screen....
So dalam kul 12.30 tgh, lepas lunch keputusan pertandingan mewarna diumumkan. terkejut jugak kami kerana lukisan abg long jadi johan. gempak giler. bangga plak bila abg long amik hadih... tapi yang tak bestnyer dia sibuk nak hadiah plastersin murah utk hadiah org yang dapat no 20... bengang betul aku... last2 terpakse ler kami pergi kedai belikan plastersin yang lain. dalam kul 2.00pm, kami cabut balik... malas nak tunggu cabutan grand prize sbb memang dah tahu musti tak dapatnyer... lagi pun adik ammar dah ngamuk nak tidur dan kami lum pun semayang zohor... so cabut balik ler...
No comments:
Post a Comment