Saturday, November 29, 2014

Medan- Lake Toba-Brastagi 5D4N

Trip Keluarga ini bermula pada hari sabtu 22-26/11 dgn perjalanan dari Kuantan ke KLIA2 menaiki kereta. Rombongan aku seramai 17 org yg terdiri daripada Mertua dan Kakak Ipar yang lain. Flight Airasia ke Medan jam 9.10pm. Kami sampai di KLIA2 jam 12jam dan menunggu ahli keluarga yang lain sampai. setelah urusan checkin kapalterbang selesai, kami mengambil masa yg ada dengan merayau2 di kawasan sekitar. Remainder utk meraka yg nak travel dgn keluarga menggunakan AirAsia, sila book yg weight baggage dgn tepat sebelum kena extra charges jika terlebih berat..
Sampai di Medan kami dijemput dengan travel agen di sana iaitu en saragih dari fantasy holiday. beliau seorang yg peramah dan mudah utk di bawa berbincang sekiranya ada perubahan itenary. Kami di bawa ke Restoran Simpang Tiga utk makan malam sebelum daftar masuk ke Hotel Penginapan. Hari pertama kami dihidangkan dengan makanan minang.. superb!!!. Lepas makan kami dibawa ke Hotel Antares utk bermalam. Hotel yg biasa2 je. BolehLah..

Hari Kedua, seusai sarapan kami checkout hotel utk memulakan perjalanan ke Lake Toba. Perjalanan menaiki Bas yg memakan masa sekitar 6jam melalui jalan kampung yg kecil dan penuh sesak dgn kenderaan. sememangnya hon kenderaan amat penting di Indonesia. Hinggakan kalo kereta anda tayar botak n hon rosak, mereka di Indon akan repair Hon dulu.. Kami sampai di bandar Permatang Siantar utk membeli buahtangan yg glamer di Medan iaitu Paten ( kacang tumbuk). Then terus ke pekan Parapat untuk naik bot ke Pulau Samosir. Hebat mempelajari suku budaya Batak di sini. Ada 5 Suku Batak iaitu Batak Toba, Karo, Simalunjung, pakpak dan mandaling. Majority adalah beragama kristian kecuali Batak Mandaling. sepanjang perjalanan dipenuhi dgn gereja sahaja di sini. Masjid jarang2 ada kecuali di Bandar Medan. Kami bermalam di hotel Niagara. Hotel atas bukit dan sangat superb. Cuaca agak sejuk di sini serupa di Cameron Highland.

Hari ketiga kami daftar keluar hotel dan menuju ke Brastagi. Berhenti di sebuah resyoran di atas bukit yg aku xreti nak sebut untuk minum teh halia. Sangat sedap teh disini. Sampai di Brastagi utk makan tengahari di Green Hotel dan kemudiannya melawat pasar buah. Brastagi terkenal dengan pasar buahnya. Pukul 3pm kami meninggalkan Brastagi utk ke Bandar Medan semula. Sampai di bandar Medan jam 6pm. selesai dinner kami cechkin hotel dan berehat.

Hari Keempat dipenuhi dengan agenda lawatan ke istana maimoon dan shopping di pasar ikan.

Hari ke-5 kami daftar keluar hotel dan terus lapangan terbang. flight kami jam 1.30pm. sampai di klia2 tepat jam 2.30pm.








No comments: