Saturday, November 29, 2014

Taman Negara Endau Rompin

Aku berpeluang menjejaki Taman Negara Endau Rompin pada 14-16/11 yang lalu apabila mengikuti julung kalinya Program Bumiku TM. Taman Negara ini boleh dimasuki melalui 3 pintu laluan. 2 di Johor dan 1 di Pahang. Kami masuk melalui pintu Taman Negara Kahang. Perjalanan bermula daripada Kuantan tempat jam 7am. Kami singgah sebentar di Ubai untuk bersarapan dan bergegas ke Kahang. Sampai di Kahang dalam jam 11am. Sudah ramai geng dari Terengganu dan Johor yg sudah sampai. Kami menunggu 3 buah bas daripada Menara TM yg sampai setengah jam lepas itu.

Setelah semua sampai, kami menaiki pajero menuju ke Kg Peta. Perjalan memakan masa 2jam melalui ladang kelapa sawit sebelum menempuh hutan yg meliputi TNER. Selama 2jam badan kami digoncang oleh permukaan jalan balak yg tidak rata sebelum sampai. Jam 2.30pm kami sampai, daftar dan makan tengahari. Bilik penginapan berbentuk dorm yg merangkumi 2 bangunan lelaki dan wanita. Bilik sempoi. Kemudian kami menjalankan aktiviti tubing menghilir ke Kg Peta utk mempelajari kehidupan orang asli yg dipanggil suku Jakun. tp awas jgn dipanggil dgn nama ini disini. sgt sensitif.

Hari kedua kami menjalankan hiking untuk melawat Air Terjun dan Telaga Air Biru. Perjalanan yg memakan masa 2jam one way.. Parok tetapi suasana indah yg disediakan priceless..

Hari Ketiga dan terakhir kami menjalankan aktiviti sukarela dgn mengecat rumah tamu, membina tandas, mengecat perpustakaan dan menanam pokok. sangat sibuk tp kami amat puashati. selepas lunch kami bersiap untuk pulang. siap packing dan memulang kunci, kami menanti pajero yg menghantar kami dulu sampai untuk mengambil kami pulang. sampai di bandar Kahang tepat jam 4pm dan terus memandu pulang ke Kuantan.







No comments: