Pada 10hb Oktober yang lalu, Kami sekeluarga bertandang ke Banting, Selangor untuk urusan pertunangan Adik watie yang bongsu. Kami bertolak daripada Kuantan pda petang hari Jumaat dan bermalam di The Zon KL. Kak Long telah menyewa apartment di sana untuk dua malam. Kami sampai ke KL dalam kul 10.00 mlm. cis tak dan nak tangok cite Nur Kasih. Tertinggal ler satu episod. Tapi tak kisah ler. bila sampai jer badan dah penat, lepas mandi terus tido.
Bangun pagi, abg long, adik ammar dan anak sedara yang lain sibuk nak mandi kolam. nasib baik ler ada bapak sedara yang yang boleh tengokkan. adik amar sampai kecut2 badan seronok mandi ngan ayah su dia. kul 11.00 suma dah kena bersiap sbb nak kena gi Banting Plak untuk tujuan meminang. Perjalanan daripada The Zon ke banting melalui Putrajaya mengambil masa kira2 lam 2 jam. Adik Epu dan Kak Ngah tunggu kat Putrajaya. Bila sampai di Banting, dalam kul 1.00 pm. Lepas Semayang Zuhur, aku mulakan bicara untuk proses meminang. ini adalah kali kedua aku jadi jurucakap dalam upcara meminang. Aku main bantai jer ler cakap. nasib baik ler keluarga belah pompuan adalah orang jawa, kira almost same specis ler dengan aku. leh elr aku speking jawa sket2.
Lepas upcara meminag selesai, ada acara makan2. perut pun memang dah lapau. tambahan pula ada pecal.. peh sedap giler makan lauk kampung dengan pecal. tapi kurang pedas ler pulak. disebabkan aku spesis yang kuat pedah, aku campur jer sambal belacan dalam kuah pecal tur. baruler pedas sket.. dalam kul 3.30pm kami balik daripada umah bakal adik ipar aku yang terakhir belah wati. sampai kat apartment dalam kul 6.00pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment