Cuti sekolah ner kami sekeluarga bercuti sambil kerja di Alor Star. Berkerja kerana Wati akan bermeeting dan berbengkel di TNB Alor Star dan bercuti kerana aku terpaksa bercuti sbb kena jaga anak kat hotel. Bertolak dari kuantan pada Hari Sabtu selepas menghadiri taklimat perniagaan Alpha Lipid di Chenderawasih ke Kuala Lumpur. Tidur di umah Kak Ngah di Cheras. Kami singgah sbb nak hantar stock susu kat Kak Ngah. Pada hari Ahad jam 10.30am, kami bertolak ke Alor Star.
Sampai di Juru, mama singgah kat umah kawan dia. aku sempat tengok Lee Chong Wei menang final badminton. Kira best jugak tengok perlawanan tersebut. Syabas kepada Datuk Lee Chong Wei. Gambar ammar ner aku snap sewaktu singgah sekejap di Perhentian Semanggol. Kami sampai di Hotel Holiday Villa pada jam 6.00pm. Nasib baik ler hotel ner berdekatan dengan shopping complex. boleh ler aku bawak anak2 melepak sementara tunggu mama abis kerja.
4 hari 3 malam kami sekeluarga duduk di alor star. sepanjang duduk kat Alor Star kami menghadapi masalah untuk makan. susuh juga nak dapat makanan yang sama dengan selera kami di Kuantan. kami dicadangkan untuk makan di Stadium. Bila pergi, makanannya biasa ajer dan mahal pulak tur. tak pasal2 kena sembelih malam tur. hari terakhir kami ke Langgar untuk melawat anak sedara yang baru. Adik Wati baru ajer dapat baby girl. makin besar keluarga kami.