Sunday, September 21, 2014

Takluki Gg.Kinabalu 4095m

XPDC menakluki Gunung ke-5 tertinggi di Asia Tenggara dan tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu telah terlaksana pada 18/9 yg lalu. XPDC yg disertai seramai 31 org telah berlepas ke KK melalui 3 pintu airport kuantan, kuala terengganu dan kota bahru. Kami semua berkumpul di airport klia2 tepat jam 10.30am pada 16/9 kerana kumpluan pertama akan berlepas ke KK  pada jam 11.30am, manakala kumpulan kedua akan berlepas pada jam 12.30am.
Jadual pendakian asal terpaksa diubah kerana ada ahli yg dtg sehari lewat. Hari pertama bermalam di Crystal Palace Hotel Kundasang. Kami sampai pada jam 8pm dan suhu sangat sejuk dalam 18°C. Makan malam yg sangat ringkas tapi habis licin kami sapu sebab kelaparan.
Hari 2,
Sepatutnya kami mulakan pendakian tapi kena postpone ke hari 3. Hari ke 2 dimulakan dengan check-out hotel dan buat senaman regangan badan utk persediaan pendakian esok. Selepas senaman regangan kami semua breakfast di pekan kundasang dan kemudiannya ke air panas poring utk merehatkan muscle. Selepas lawatan ke kolan air panas, kami semua ke NPS untuk mendaftar masuk penginapan dan pakej pendakian.
Hari 3,
Pendakian bermula dengan sesi regangan bandan bermula jam 6.30am. Tepat 7.00am kami mula bersarapan dan mengambil pack lunch. 8.00am kami mendapatkan permit mendaki di pejabat NPS. Kemudian menaiki bas ke pintu timpohon untuk memulakan pendakian. Tepat jam 8.30am kamo sampai di Timpohon Gate untuk mendengar taklimat daripada guide. Seramai 5 org guide telah diberikan amanah untuk menjaga kami iaitu 6borg utk 1 guide.
Tepat jam 9.00 pendakian ke Laban Rata telah dimulakan. Semua mendaki menggunakan pace tersendiri. Yg aggresive memulakan langkas dengan bertenaga dan mula meninggalkan kami yang agak kurang stamina ne tetapi konsisten melangkah. Trek amat cantik. Bertangga dan berbatu. Setiap 0.5km akan ada pondok utk berehat dan tandas utk buang air. Air juga disediakan tetapi air bukit yg tidak dirawat. So bawak air yg akan sederhana. Dalam 1 or 2 liter sudah cukup. Cuaca agak sejuk dan kurang dahaga. Beg aku berat dalam 7kg sahaja. Bawa baju sejuk extra sbb suhu kat laban rata sgt sejuk dalam 18° manakala kat puncak dalam 4°C. glove yg kalis air kena bawa. Sleeping beg xyah bawa. Bawa extra baju kiranya xtahan sejuk.
Kami sampai di laban rata dalam kumpulan kecil. Aku sampai tepat jam 13.50. Yg terawal sampai jam 12.30. Manakala yg terakhir sampai jam 16.00. Semuanya berjaya sampai di laban rata. Kami check-in di gunting lagadan yg jaraknya 100m dari laban rata resthouse. Kami tunggu jam 16.30 di laban rata utk makan malam sebab da xlarat nak mendaki lg 150m ke gunting lagadan. Lepas makan malam kami terus ke bilik penginapan. Bilik hanya ada basic kenudahan katil dan selimut. Tiada heater disediakan. Toilet juga tidak disediakan air panas. So kami mandi macam P. RAMLEE aje la.
Hari 4,
Kami dikejutkan jam 1.00am utk bersiap bagi pendakian ke summit. Minum pg disediakan di Laban Rata tetapi kerana xlarat nak berjalan turun ke Laban Rata guesthouse kami masak air dan makan roti dan bekalan yg kami bawa. So sesiapa yg dok kat sini, kami cadangkan utk bawa extra makanan utk sarapan pg jika malas nak ke laban rata. Pergi balik dlm 30min tu.. penat wei.. kol 2.00am guide dan semua berkumpul di tempat penginapan kami utk final briefing.. kami mulakan pendakian tepat jam 2.30am. Jgn lupa utk amik air sembahyang dulu ya. Kat atas sejuk giler air tu. Sampai di sayat2 check point tepat jam 4.30am. Pendakian hanya 2.8km tp cam 5km jugak. Gelap, sejuk dan ramai pendaki. Solat subuh di KM8 tepat jam 5.30am. Aku sampai di kaki puncak low tepat jam 6am. Kaki da sakit tapi keraskan hati utk naik ke puncak. Sampai di atas utk bergambar kenangan dan terus turun. Aku spend dlm 10min kat puncak dan bergegas turun ke pondok sayat2 sbb perut memulas2.. bila hari da cerah barulah nampak keindahan alam di puncak bukit. Aku sampai di laban rata tepat jam 8.30am. Kena terus berkemas sbb checkout time tepat jam 10.30am. Kami bersarapan di laban rata sblm checkout. Kami mulakan pendakian turun tepat jam 10.30 selepas bergambar kenangan dengan semua peserta.  Aku sampai di timpohon gate tepat jam 15.00. Terus ke balsam cafe nps utk mkn tengahari dan berkemas utk terus ke KK.
Hari 5,
Shopping alakadar di pasar filipin dan terus ke airport jam 9.30am. Flight ke KLIA2 tepat jam 11.30am. Sampai di KLIA2 jam 14.00am. Transfer ke KLIA utk ke Kuantan. Sampai di airport kuantan jam 19.15..





Friday, July 25, 2014

Gunung Tebu

Bersiap untuk 6 Jam pendakian

Lunch di Batu Mat Hassan

Puas Giler.. TQ Allah

Gunung Tebu Telahku Tawan

Menikmati Supper di Puncak Gunung.. Hebat


Selamat Sampai ke Bawah setelah berjalan selama 6 Jam

Perjalanan Naik

Sunday, July 6, 2014

Bukit Panorama, Sungai Lembing Kuantan

Bukit Panorama, Sungai Lembing Kuantan. Setinggi 500m.

Gua Charas di kejauhan

Gunung Tapis menggamit kami utk datang

Kabus pagi menyelimuti Pekan Sg. Lembing

Gunung Tapis.. kau tunggu aku datang!!!

Sayup dan Tenang

Sg. Lembing
Kami!!

4 org je yg naik daripada 20 org ...

Gunung Stong

Pemandangan dari Camp Baha

Kem Baha

Kaki Gunung

Bacaan Doa dan panduan mendaki daripada Guide

Camp Baha - Subuh


Gunung Stong telah Ku Tawan
Indah CiptaanNYA

Allahhu Akhbar

Tuesday, January 25, 2011

Along & Ammar

Malacca Trip. Kat Dataran Pahlawan


Trip to Malacca 2010




Raya 2010



Ha... dah lama x update blog ne... almost a year kena tinggal... skg ne pun dah berlima...

Wednesday, November 25, 2009

Meeting Di Genting Highland

Pada 23hb Nov, kami sekeluarga pergi ke Genting Highland kerana aku ada meeting dengan Kolej Komuniti di Hotel Awana. Bertolak daripada Kuantan jam 1.15pm selepas amik Ila di rumah Kak Long di Kg Padang. Sampai di Genting Sempah dalam kul 4.00pm. Mama dah berjanji dengan supplier tudung untuk amik Tudung yang mama tempah kat Plaza Tol Gombak. Sampai di Plaza Tol Gombak dalam pukul 5.00pm. Pn Seha dan Suami sudah tunggu. So selepas amik stock tudung, kami terus ke Hotel Awana. Kami dimaklumkan stock tudung cukup tapi kotak yang tak cukup.

So malam tur Kak Ngah n family datang kat Hotel Awana untuk hantar baki Kotak yang tak cukup tur. Selepas tur kami dua family pergi makan malam kat Gohtong Jaya. Kak Ngah balik lepas makan malam sebab esok dia nak kerja.

Esok lepas abis meeting ngan Kolej kami gi naik ke Genting. Bawak Abg Long makan angin kat atas bukit. Penat nak layan adik ammar sebab dia tak nak di dukung dan dipengang tanggan. kalau lepas gamaknya ilang ler anak aku ne.

Sunday, November 1, 2009

26th Oct - Happy Birthday Ammar

Pada 26hb, Adik Ammar genap berumur 2 tahun. Tapi kami tak buat apa2 celebration for adik ammar sbb waktu ner aku tak der kat umah. aku dalam perjalanan balik daripada xpdc memburu kelah di Kuala Pertang yang bermula pada 24hb Sabtu hingga 26hb. Kami postpone celebration adik ammar sehingga 1hb Nov. Ingatkan semalam nak celebrate tapi tak jadi sbb pagi semalam kami sekeluarga pergi ziarah kubur arwah Wan. Kami sedekahkan bacaan alfatiha dan surah yassin untuk arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

So pagi ner lepas mandi dan without breakfast, kami pergi ke EC Mall. Nak ke Tesco untuk beli sedikit barang dapur dan hadiah untuk adik ammar. lepas round satu tesco, kami pergi ke restoran Johnay's. Kami order Steamboat untuk dua orang makan. Abg long order nasik putih with black peper dan Mama order plain rice with Mango Salad. Adik ammar akan makan aper yang kami order sbb dia ner tak memilih sgt. asalkan ader sup kira jadik ler. So,kepada para pembaca, kalu nak sedap makan Steamboat, pergi ler ker Restoran ne.. Kelas gitu. suasana yang best dan makanan yang best. layanannya juga best giler walaupun hampir keseluruhan waitersnya adalah mamat bangla. tapi depa suma professional giler.

Lepas makan, kami pergi ke kedai buku untuk membeli keperluan alat tulis abg long. esok abg long akan menghadapi final exzam. dia kata pensel warna dia sudah abis. lepas tur kami ke Tesco semula untuk membelikan Hadiah Harjadi Adik Ammar. Kat bahagian toy tur kami lepaskan adik ammar untuk pilih mainan yang dia suka. Nak tahu aper yang dia pilih. antara beratus mainan yg ada, model lori sampah juga yang dia pilih... aparaaa... hehehhehe

Wednesday, October 21, 2009

Mak Sedara yang Hilang

Upcara meminang tur pada hari sabtu. Pada hari Ahad, aku ada kerja yang hendak dilaksanakan iaitu mencari emak sedara aku sebelah abah yang tak pernah aku jumpa. hanya cerita daripada abah ajer yang memberitahu dia ada adik yang telah pergi tanpa berita sekian lama. Kira2 5 tahun yang lalu, abah dapat berita adik dia yng hilang telah sakit tenat di hospitak KL. Itulah pertama kalinya abah dan adik beradik lain dapat berjumpa dengan arwah. kali kedia abah berjupa adalah untuk menziarahi jenazah arwah yang telah pergi kerana sakit. Abah tak pernah cerita kenapa arwah pergi meninggalkan keluarganya. sejak arwh pergi, tak pernah arwah balik ke kampung.

Berdasarkan cite abah, mak sedara aku tinggal di cheras. dulu tinggal kat kawasan setinggan tapi skg dah berpindah kat Flat. So pada pagi ahad, aku pergi amik adik aku ame kat umah dia di Pantai Dalam. lepas tur aku pergi beraya kat umah sepupu aku, kak Ju anak mak lang. mak lang adalah kakak abas yang duduk di bukit treh muar. Sapmai kat umah kak Ju dalam kul 1.00pm. kak ju jemput makan tengahari kat umah dia di Taman Mawar Cheras. Lepas tur kak ju bawak kami ke umah Mak Cik Ani di Kg Cheras baru. Dia duk Kat Tingkat 1. Kat sini lah aku baru pertama kali berkenalan dengan mak sedara aku ini bersama 3 orang sepupu aku. suma pompuan dan suma dan bertunang. anak dia yang sulung akan bernikah pada hujung tahun ini. Insya-Allah kami akan datang lagi masa majlis nanti untuk membantu sedaya mampu.

Majlis Pertunangan Adik Bahari

Pada 10hb Oktober yang lalu, Kami sekeluarga bertandang ke Banting, Selangor untuk urusan pertunangan Adik watie yang bongsu. Kami bertolak daripada Kuantan pda petang hari Jumaat dan bermalam di The Zon KL. Kak Long telah menyewa apartment di sana untuk dua malam. Kami sampai ke KL dalam kul 10.00 mlm. cis tak dan nak tangok cite Nur Kasih. Tertinggal ler satu episod. Tapi tak kisah ler. bila sampai jer badan dah penat, lepas mandi terus tido.

Bangun pagi, abg long, adik ammar dan anak sedara yang lain sibuk nak mandi kolam. nasib baik ler ada bapak sedara yang yang boleh tengokkan. adik amar sampai kecut2 badan seronok mandi ngan ayah su dia. kul 11.00 suma dah kena bersiap sbb nak kena gi Banting Plak untuk tujuan meminang. Perjalanan daripada The Zon ke banting melalui Putrajaya mengambil masa kira2 lam 2 jam. Adik Epu dan Kak Ngah tunggu kat Putrajaya. Bila sampai di Banting, dalam kul 1.00 pm. Lepas Semayang Zuhur, aku mulakan bicara untuk proses meminang. ini adalah kali kedua aku jadi jurucakap dalam upcara meminang. Aku main bantai jer ler cakap. nasib baik ler keluarga belah pompuan adalah orang jawa, kira almost same specis ler dengan aku. leh elr aku speking jawa sket2.

Lepas upcara meminag selesai, ada acara makan2. perut pun memang dah lapau. tambahan pula ada pecal.. peh sedap giler makan lauk kampung dengan pecal. tapi kurang pedas ler pulak. disebabkan aku spesis yang kuat pedah, aku campur jer sambal belacan dalam kuah pecal tur. baruler pedas sket.. dalam kul 3.30pm kami balik daripada umah bakal adik ipar aku yang terakhir belah wati. sampai kat apartment dalam kul 6.00pm.

Monday, October 5, 2009

Selamat Hari Raya

Raya datang lagi. Sudah agak lama ruangan ini terbiar tanpa sebarang coretan. barulah hari ini tergerak hati hendak mencoretkan pelbagai berita rangkuman terkini keluarga kami. Semalam kami buat open house dengan menjemput jejiran dan kengkawan opis je. Abah dan Cek datang awal pagai untuk membantu apa yang patut. Abah belikan Lemang masa dalam perjalanan datang dari Sg Lembing. Untuk function ne, watie dan tempah Mee kari dengan Sepupu dia kat SUngai Isap sebagi main menu. Menu tambahan watie masak Mee Goreng, Rendang Ayam dan masak Lodeh Johor. Kira dia dah terror masak Lodeh. Bila aku beraya kat Sungai Lembing, masakan lodeh ne tak ketinggalan la. Masakan dia dah hampir sama dengan masakan emak aku. Kira tak brape rindu le kat Lodeh ner bila raya kat SgL. Cuma masak Asam Pedas jer dia masih lum terror lagi. Kena berguru dengan Emak aku lama sket gamaknya.

Ramai jugak ler yang datang. So kat sini aku nak coretkan kisah anak bongsu aku, AMMAR yang semakin agak nakal sekarang. La ne umur dia dah nak kat genap 2 tahun pada bulan oct ne. Pada 26hb ner genap ler umur dia 2 tahun.
Gambo pada 20.02.09

Gambo pada 1.10.09

Cube tengok dahi anak aku ne. Luka ditempat yang saya di lokasi yang sama dan sebab yang sama.
Tempat Luka : Dahi sebelah Kanan
Lokasi Incident : Jalan kat depan umah aku
Sebab Incident : Berlanggar semasa berlari dengan anak jiran aku

Waktu jer yang berlainan. Incident pertama berlaku lepas keja masa nak masuk umah. Masa nak bukak Gate, Ammar tengah main dengan Jiran depan umah. Alih-alih aku dengan dia menangis dengan kepada Luka dan berdarah. masa kena tur agak gerun juga la aku tengok muka ammar. Bengkak abis. Insident kedua berlaku pada waktu malam semasa menghadiri open house jiran sebelah umah. Alih-alih aku dengar dia menangis sambil dahi berdarah. So aku amik dia bawak masuk dalam umah dan cuci luka dengan dettol. Lepas tur bubuh minyak Gamak. la ne luke dia sudah beransur baik

Friday, February 6, 2009

Al-Fatiha (3hb Jan 2009)

Al Fatiha untuk Wan Khairani Wan Hamzah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3hb Jan 2009 jam 3.18am di Hospital Besar Kuantan. Arwah meninggal disebabkan Sepsis 2 degree- Severe Pneunomia. Arwah dimasukan ke hospital pada 8.00pm 2hb Jan 2009 disebabkan deman dan menghembuskan nafas yang terakhir pada kam 3.18am.

3hb Jan merupakan hari pertama Abg Long Mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan Teruntum. Hari yang sepatutnya ceria sudah menjadi hari yang paling mendukacita untuk kami sekeluarga apabila Wan yang disayangi menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan kami sekeluarga dan Aki yang keseorangan. Moga Allah berikan kami kekuatan untuk menempuhi hari2 mendatang dengan tabah. Moga Roh Wan kami dicucuri rahmat.

Al-Fatiha.

Monday, December 29, 2008

Alor Star, Kedah



Cuti sekolah ner kami sekeluarga bercuti sambil kerja di Alor Star. Berkerja kerana Wati akan bermeeting dan berbengkel di TNB Alor Star dan bercuti kerana aku terpaksa bercuti sbb kena jaga anak kat hotel. Bertolak dari kuantan pada Hari Sabtu selepas menghadiri taklimat perniagaan Alpha Lipid di Chenderawasih ke Kuala Lumpur. Tidur di umah Kak Ngah di Cheras. Kami singgah sbb nak hantar stock susu kat Kak Ngah. Pada hari Ahad jam 10.30am, kami bertolak ke Alor Star.

Sampai di Juru, mama singgah kat umah kawan dia. aku sempat tengok Lee Chong Wei menang final badminton. Kira best jugak tengok perlawanan tersebut. Syabas kepada Datuk Lee Chong Wei. Gambar ammar ner aku snap sewaktu singgah sekejap di Perhentian Semanggol. Kami sampai di Hotel Holiday Villa pada jam 6.00pm. Nasib baik ler hotel ner berdekatan dengan shopping complex. boleh ler aku bawak anak2 melepak sementara tunggu mama abis kerja.
4 hari 3 malam kami sekeluarga duduk di alor star. sepanjang duduk kat Alor Star kami menghadapi masalah untuk makan. susuh juga nak dapat makanan yang sama dengan selera kami di Kuantan. kami dicadangkan untuk makan di Stadium. Bila pergi, makanannya biasa ajer dan mahal pulak tur. tak pasal2 kena sembelih malam tur. hari terakhir kami ke Langgar untuk melawat anak sedara yang baru. Adik Wati baru ajer dapat baby girl. makin besar keluarga kami.

Tuesday, November 25, 2008

Lambaian Kaabah



Emak dan Abah akhirnya menyahut lambaian Kaabah yang telah dinanti sekian lama. Hasrat mereka tercapai pada 18hb Nov 2008 apabila berangkat ke Tanah Suci jam 3.25pm daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Kami balik ke Air Tawar 5 pada hari Sabtu pagi dan sampai kat umah emak pada jam 3.00pm. Kat umah dah ade Kak Long dan Adik Nong. Yang lain masih belum balik lagi.

Pada Ari Ahad, emak buat kenduri kesyukuran kat umah. semua lauk pauk Kak Uda bawak daripada Masai. Dia tempah dengan Catering. So kat umah emak cuma masak nasi dan buat tambahan kuih ajer. Kenduri start lepas Zuhur, so still sempat lagi kami nak tambah beberapa kuih untuk juadah. Masa kenduri ramai kawan emak dan abah yang datang. kira meriah juga ler.

Hari Isnin petang kami sekeluarga pergi JB kat Plaza Angsana. Nak jumpe Yat untuk berikan susu Alpha Lipid yang dia order. Kami sampai kul 5.00pm tapi Yat sampai dekat kul 7.00pm. sementara tunggu Yat sampai, aku pergi carik penggurup wang untuk tukar duit rial emak dan abah esok. aku tuko $400 rial. Lepas tur lepak kat McDonald makan aiskrim sambil tunggu Yat.
Yat sampai dengan Anak Pompuan dia. Kita orang lepak kat Pizza Hut sebab abg long nak makan pizza. dalam kul 8.00pm kami balik semula kat umah emak.

Friday, November 7, 2008

Susu Alpha Lipid

Susu Alpha Lipid Lifeline

Kami sudah menjadi stokis Alpha Lipid Lifeline, susu awal lembu yang mempunyai pelbagai khasiat dan telah terbukti keberkesanannya.

Keberkesanan Susu Alpha Lipid
1-Mengandungi antibodi (Immunoglobulin) melawan pelbagai jenis jangkitan bakteria, virus dan pathogen;
2-Meningkat daya tahan badan melawan penyakit;
3-Formula Alpha Lipid™ Lifeline™ 100% berkesan dan diserap dengan cepat;
4-Mengandungi vitamin dan zat galian (kalsium dll) semulajadi yang cukup untuk keperluan harian;
5-Mengandungi bakteria semulajadi (Lactobasilus Acidophilus & Bifidobacterium) bagus untuk fungsi normal usus;
6-Mengandungi faktor pertumbuhan (Growth Factor) yang penting untuk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging);
7-Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu;
8-Membantu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dalam darah;
9-Membantu memulihkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, hepatitis, kurang darah, ketidaksuburan, dan pelbagai khasiat untuk tahap kesihatan terbaik manusia.

FAKTA MENARIK ! : Kolostrum Alpha Lipid™ Lifeline™ adalah berbeza dengan kolostrum-kolostrum yang lain kerana ia adalah yang terbaik di dunia (Gred 10), mempunyai kadar IgG 41% (Immunoglobulin) berbanding kolostrum yang lain, kandungan probiotik, kandungan Complex Lipid, dan mempunyai semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Apa Kesan Kolostrum ALPHA LIPID™ LIFELINE™ ?

-Mempertingkatkan penyerapan usus;
-Mempertingkatkan fungsi pertahanan badan;
-Meneutralkan jangkitan Virus/Bakteria/Kulat;
-Mempercepatkan pemulihan luka tisu;
-Membunuh parasit dalam badan;
-Meningkatkan tenaga dan kekuatan;
-Memperbaiki masalah sembelit;
-Meningkatkan ton kulit dan elastik;
-Menstabilkan emosi dan tekanan;
-Menstabilkan paras gula dalam darah;
-Meningkatkan Keupayaan Minda;
-Mengurangkan risiko sakit jantung;
-Meningkatkan prestasi fizikal;
-Mengandungi bahan awet muda;
-Mengandungi bahan anti-inflamasi (anti radang)
-Meningkatkan kesihatan gigi dan tulang.

Berminat untuk membeli Susu Alpha Lipid Ini? sila hubungi kami untuk tempahan di 013-9213433/019-9313433. Hanya RM180.00 untuk setin dan sekiranya membeli 3 tin sekali gus berharga RM450.00. Jimat RM90.00!!! keahlian masih lagi percuma.

Abg Long Convocation Days

Semalam 6hb Nov jam 8.00mlm, bertempat di Dewan Wisma Belia Indera Mahkota upacara konvokesyen tadika abg long telah dilangsungkan. ini bermakna anak aku dah tamat pendidikan pra-persekolahan dan akan menyambung persekolahan di darjah 1 pada tahun depan. dah besau dah anak aku. kami kena datang awal sebab abg long kena jadi emcee dengan kawan dia farah. abg long akan jadi emcee untuk english manakala farah untuk bahasa melayu. jenuh jugak aku nak train abg long membaca script yang cikgu dia buat dengan betul dan fasih.


Abg jadi emcee dan juga kena buat persembahan dengan geng kelas dia. semasa persembahan tur abg long jadi raja yang mempunyai 7 orang puteri. kira boleh ler abg long berlakon. simple jer acting dia, tak der dialog pun. semasa majlis penyampaian hadiah kecemerlangan akademik, abg long dapat anugerah pelajar terbaik untuk Smart Reader. Second term abg long tak score sbb jawap peksa semasa tgh demam chicken pox. dia jawap ala kadar jer... nasib baik tak teruk sangat.



acara yang dibuat oleh pengurusan tadika ner tak tersusun langsung... berterabur dan meleret-leret. dah ler buat malam dah tur lambat plak abis... for those yang ada baby, pening kepala jadinya bila anak mengamuk nak tidur... maner bleh tidur dalam dewan yang bising dengan saund speakr yang cam apa2 tah tur, campu dengan bising bebudak yang berterabur lari sana-sini tur... last2 skali aku bawak ammar naik keta dan tidur dalam keta sambil tunggu abg long amik scroll. Wan dan aki stay kat lam dewan utk tunggu dan tengok cucu lelaki sulong dia. dekat kul 12.00tgh mlm baru acara abis. cam biasakler kami memang tak bertuah kali ner sbb tak bawak balik hadih walaupun ader 4 tiket dalam tangan. maybe no tiket kami depa dok masuk dalam balang cabutan bertuah tur gamaknya...sbb tur tak menang hadiah pun...


Family Day TM 2008

Pada 1hb Nov 2008, spt tahun2 yang lalu, hari keluarga TM telah diadakan. Kali ini lokasi hari keluarga TM diadakan di Pantai Sepat, Kuantan. kali ne kami kena pergi awal sket sebab abg long nak masuk acara pertandingan mewarna untuk kategori 6-9thn. bila sampai dah ramai staf serta keluarga yang datang. seramai 300 lebih staf berserta 1500 ahli keluarga yang hadir. lepas mendaftar dan amik goodies, kami anto abg long terus ke khemah pertandingan mewarna dijalankan. nasib baik sempat sampai. acara baru nak bermula. abg long tak sempat nak bersarapan kerana acara dah bermula. kami sampai dalam kul 8.30am.


Pertandingan dijalankan selama lebih kurang satu jam. Dekat kul 10.00am pertandingan mewarna tamat. abg long nak main castle kat tepi pantai. so kami lepak kat bawah pondok di tepi pantai... peh best giler lepak2 sambil tengok org maik sukaneka. acara sukaneka untuk bebudak bawah 6 tahun dah abis. so abg long dok leh nak masuk mane2 acara. kena tunggu ajer ler keputusan pertandingan mewarna. semasa menunggu, no pendaftaran ku naik untuk cabutan bertuah... alahai cenonet ajer hadiah nyer... ingatkan leh bawak balik TV Flat screen....
So dalam kul 12.30 tgh, lepas lunch keputusan pertandingan mewarna diumumkan. terkejut jugak kami kerana lukisan abg long jadi johan. gempak giler. bangga plak bila abg long amik hadih... tapi yang tak bestnyer dia sibuk nak hadiah plastersin murah utk hadiah org yang dapat no 20... bengang betul aku... last2 terpakse ler kami pergi kedai belikan plastersin yang lain. dalam kul 2.00pm, kami cabut balik... malas nak tunggu cabutan grand prize sbb memang dah tahu musti tak dapatnyer... lagi pun adik ammar dah ngamuk nak tidur dan kami lum pun semayang zohor... so cabut balik ler...

Saturday, November 1, 2008

Happy Birthday Ammar

Pada 25hb okt, kami sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Highland. Wati amik umah TNB selama 3 hari 2 malam. Bertolak ke KL pada hari Jumaat dan tidur kat umah kak ngah di cheras. Pada hari sabtu, kami semua termasuk keluarga Kak Long, kak Ngah, adik, emak dan abah bertolak ke Cameron Highland melaui simpang pulai. Adik epu dan wife akan sampai lewat petang kerana dia dari Kedah.


So pada malam 26hb Okt, kami buat sedikit majlis harijadi untuk ammar. mama belikan sebijik kek yng bertulisan hodoh tetapi sedap untuk adik ammar. selepas menyanyi lagu happi birthday dan bacaan doa selamat untuk birthday boy, maka kek pun dipotong dan dibagi2 kepada sepupu dan semu guest yg ada. kira meriah juga la... tapi yg sibuk ialah abg long sbb nak tolong tiup lilin. sepatutnya ada satu lilin tetapi sebab abg long nak tiup juga, maka kena letak lagi satu...